Mungkin banyak dari saudara-saudara Ahlusunnah yang sering mendengar akan
adanya hadis yang menyatakan jaminan Rasulullah terhadap 10 sahabat baginda
untuk masuk syurga. Anehnya, hadis yang terkenal itu selain tidak diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, juga tidak pernah dijadikan hujah khalifah
pertama dan kedua dalam pemilihan mereka sebagai khalifah. Padahal jika hadis
Rasul itu memang benar adanya maka itu juga dapat dijadikan penguat akan sahnya
kekhalifahan mereka. Sebelum kita mengkaji dengan lebih dalam tentang hadis ini,
adalah lebih elok jika kita mengkaji hujah saudara Sunni kita tentang jaminan
syurga oleh Allah kepada para sahabat.
Saudara Sunni membaca ayat Quran berikut bagi menyokong hujah
mereka atas adanya khabar gembira dari Allah ke atas para sahabat.
“Tiadalah sama di antara kamu orang yang menafkahkan(hartanya) dan berperang
sebelum penaklukan kota(Makkah dengan orang yang lainnya). Mereka itu lebih
besar darjatnya dari orang yang menafkahkan hartanya dan berperang setelah
penaklukan. Tetapi masing-masingnya itu Allah telah menjanjikan pahala yang baik
baginya. Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
(57:10)
Mereka mengatakan melalui ayat ini, Allah telah, secara umumnya,
menjanjikan syurga kepada para sahabat. Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi
kumpulan para sahabat yang lebih istimewa, kerana diberikan berita gembira ini
dari mulut Rasulullah saaw sendiri. Mereka inilah yang digelar Ashara Mubashara
bil Jannah. 10 yang dijamin syurga.
(
http://www.lastprophet.info/en/the-ashara-mubashara-the-ten-companions-promised-/companions-given-the-good-tidings-of-paradise-ashara-mubashara.html)
Walaubagaimanapun, membuat kesimpulan dengan hanya mendasarkan kepada ayat yang
umum, jelas hanya boleh dilakukan oleh orang yang tidak pernah membaca atau
merenungi ayat-ayat quran yang ditujukan oleh Allah kepada para sahabat dalam
artikel saya sebelum ini. Contohnya :
“Muhammad itu tidak lebih dari seorang Rasul,
seperti Rasul-rasul sebelumnya. Jika Rasul itu mati atau terbunuh, adakah kamu
akan kembali menjadi kafir? …..Tetapi Allah akan memberi ganjaran kepada mereka
yang berterima kasih.
(3:144)
Ayat ini menyebut, Allah akan
memberi ganjaran kepada
orang-orang yang bersyukur, yang juga
membawa maksud orang-orang yang mematuhi segala suruhan Rasulullah saaw, taat
dan dedikasi pada ajaran dan suruhan baginda. Mereka yang menafkahkan harta
serta berperang di jalan Allah sudah semestinya adalah dari kumpulan orang-orang
yang berterima kasih ini. Oleh itu, selama mana seseorang sahabat itu hidup
dalam keadaan ini dan mati dalam keadaan yang serupa, maka sudah pasti, berita
gembira Allah untuknya. Walaubagaimanapun, jika dia kemudiannya memusnahkan
segala kebaikan yang pernah di buatnya, maka, perkara yang serupa tidak boleh
dikatakan padanya.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
meninggikan suara mu lebih dari suara nabi..kerana takut akan menghapuskan
amalan sedang kamu tiada sedar”
(49:2)
Barangsiapa yang kebaikannya
masih berada di dalam diri, maka dia akan selamat. Allah swt akan menghakimi dan
mengadili semua mengikut amal yang baik atau buruk yang telah dilakukan semasa
di dunia, oleh itu dengan mengatakan semua para sahabat dijanjikan syurga telah
melakukan satu ketidakadilan pada Al Quran sendiri.
Saudara dari Ahlul Sunnah mengatakan bahawa Allah telah menjanjikan syurga
kepada sahabat-sahabat ini, dan mengkritik sahabat ini adalah satu dosa.
Manakala Syiah pula mengatakan semua orang, termasuk para sahabat akan dihakimi
dan diadili oleh Allah swt di hari pembalasan dan mendapat balasan yang setimpal
dengan amal perbuatan mereka di dunia, serta Rasulullah tidak menjanjikan syurga
kepada mana-mana sahabat. Mana-mana mereka yang mengingkari suruhan Allah, Rasul
dan Ahlul Bait baginda, haruslah kita mengasingkan diri dari mereka.
Mari kita kembali semula kepada kes kita iaitu Ashra Mubashra, bukan sahaja
hadis yang sangat-sangat mencurigakan ini tidak langsung diriwayatkan dari 2
buku utama Sunni iaitu Bukhari dan Muslim, malah ia diriwayatkan di dalam
Tarmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah dengan beberapa percanggahan.
Said bin Zaid berkata: Aku bersaksi, aku mendengar Rasulullah
bersabda: 10 orang berada di dalam syurga: Nabi di dalam syurga,
Abu Bakr di dalam syurga, Thalhah di dalam syurga, Umar berada di dalam syurga,
Uthman berada di dalam syurga, Saad bin Malik berada di dalam
syurga, dan Abdul Rahman berada di dalam syurga. Kalau kamu mahu aku akan
khabarkan yang ke sepuluh? Mereka menjawab: “siapakah dia?”. Baginda menjawab:
“Said bin Zaid.”
Sunan Abu Dawud
Abdul Rahman Bin
Auf berkata: Nabi bersabda: Abu Bakr di dalam syurga, Umar di dalam syurga,
Uthman di dalam syurga, Ali di dalam syurga, Thalhah di dalam syurga, Zubair di
dalam syurga, Abdul Rahman di dalam syurga, Saad bin Abi Waqas di dalam syurga,
Said bin Zaid di dalam syurga dan Abu Ubaidah di dalam syurga.
Al Tarmizi, Hadis 3747
Said Bin
Zaid berkata, 10 orang berada di dalam syurga, Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali, Al
Zubair, Thalhah, Abu Ubaidah, AbdulRahman dan Saad Abi Waqas. Mereka bertanya,
siapa yang ke sepuluh? Dia menjawab: Kamu bersumpah atas nama Allah, Abu Al
Anwar berada di dalam syurga.” Tarmizi memberi komentar bahawa Abu Al Anwar
ialah Said bin Zaid.
Dari pada hadis-hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa
10 yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah itu ialah:
- Prophet Muhammad (SAW)
- Abu Bakr
- Umer
- Uthman
- Ali ibn Abu Talib
- Talha
- Zubair bin al-Awwam
- Saad bin Abi Waqas
- Saeed bin Zaid
- Abdul Rahman ibn Awf
- Saad bin Malik
- Abu `Ubaida bin al-Jarrah
Selain dari apa yang saya kata bahawa hadis ini tidak di jumpai di dalam buku
hadis utama Sunni, iaitu Bukhari dan Muslim, hadis-hadis ini juga mencabar para
pemilik akal yang berfikir:
- Mereka bersusah payah untuk menghadkan bilangan hanya kepada sepuluh
orang, kadang kala mereka meletakkan Saad ibn Abi Waqas, dan kadangkala mereka
meletakkan Saad ibn Malik.
- Versi hadis yang pertama tidak meletakkan Ali dan juga Abu Ubaidah, tidak
lupa juga pada Rasulullah yang tidak tersenarai di dalamnya.
- Hadis yang pertama dan ketiga jelas ialah hadis yang serupa, dari orang
yang sama, tetapi seorang disingkirkan dan seorang lagi di tambah dan hanya 7
orang sahaja yang diriwayatkan di dalam Abu Daud.
- Menyenaraikan Nabi di dalam kumpulan ini membuktikan pemalsuan hadis ini,
adakah logik apabila sahabat-sahabat baginda masuk syurga tetapi dirinya
ditinggalkan? Baginda tidak perlu menjelaskan hal ini kerana ia sudah
termaktub.
- Kedua-dua perawi ini menceritakan hadis tentang diri mereka sendiri.
Keduanya menyenaraikan diri mereka sebagai antara yang di janjikan syurga.
Mengikut Islam, apabila seseorang itu memuji orang lain dengan memuji diri
sendiri, maka ia tidak akan di endahkan. Juga apabila seseorang itu memberi
kesaksian untuk orang lain walhal dalam masa yang sama, mendapat faedah
darinya, kesaksiannya akan ditolak.
- Sejarah menunjukkan kebanyakan dari 10 orang yang dijamin syurga ini,
tidak layak mendapat ganjaran sebesar ini, sementara dalam masa yang sama,
menyingkirkan ramai lagi para sahabat yang alim, dan tetap pada pendirian
mereka sehingga mereka meninggal dunia. Bukhari sendiri langsung tidak
meletakkan ruangan khas untuk kemuliaan Abdul Rahman Ibn Awf dan Saad ibn
Zaid, sedangkan dia meletakkan kemuliaan untuk Muawiyah, dan 1 hadis untuk
Khalid ibn Al Walid.
- Secara faktanya, Saad bin Malik langsung tidak di kategorikan sebagai 10
sahabat yang paling di hormati Sunni.
InsyaAllah, dalam post saya yang seterusnya, akan saya isukan tajuk tentang
hadis, agar kita dapat menilai hadis mana yang patut kita terima dan hadis mana
yang kita patut tolak. Bagaimanapun secara ringkasnya, hadis yang bercanggah
dengan Quran, sejarah dan logik, adalah hadis yang selayakknya di di tolak
mentah-mentah.
Sebelum saya meneruskan, saya ingin bertanya kepada saudara-saudara Sunni
saya tentang apa yang mereka dapat fahami dari hadis ini.
- Orang-orang ini akan masuk syurga setelah dihisab amal mereka, atau secara
ringkas, segala amal mereka sehingga mereka mati mendapat keredhaan Illahi.
- Orang-orang ini akan masuk syurga tanpa dihisab segala amal mereka, atau
secara ringkasnya, tidak kira apa amalan dan pengkhiatan yang telah mereka
lakukan, Allah swt akan membenarkan mereka ke dalam syurga.
- Orang-orang ini akan masuk ke syurga setelah menjalani hukuman atas dosa
mereka di dunia(jika ada).
Masuk syurga tanpa hisab
Jikalau kamu mempercayai bahawa mereka akan masuk ke syurga tanpa hisab, ini
bermakna kamu mengecualikan mereka dari keadilan Allah, dan memberikan sifat
maksum kepada mereka.
“Kami letakkan neraca yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah
teraniaya seseorang sedikit pun. Jika usahanya seberat biji sawi, niscaya kami
hadirkan juga. Cukuplah Kami memperhitungkannya.”
(21:47)
“Allah menciptkan langit dan bumi
dengan kebenaran dan supaya dibalas tiap-tiap orang menurut usahanya
masing-masing, sedang mereka itu tidak teraniaya.”
(45:22)
Masuk syurga selepas hisab
Jikalau kamu mempercayai mereka semua akan masuk ke dalam syurga selepas
hisab, maka kamu harus mengandaikan bahawa di dalam amalan mereka, tiada amalan
buruk, kerana Rasulullah telah menjanjikan syurga kepada mereka. Sekali lagi
kamu memberi sifat maksum kepada mereka. Beban kini beralih kepada kamu untuk
membuktikan kepada kami bahawa orang-orang ini memang maksum dan
tidak
melakukan sebarang dosa kepada Allah, rasulullah dan Ahlul Baitnya.
Masuk syurga setelah
balasan
Jika kamu mempercayai bahawa mereka akan masuk syurga setelah di hukum
berdasarkan amalan mereka, maka hadis ini menjadi sia-sia, kerana semua orang
lain juga akan di adili dengan cara serupa.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan hadis-hadis ini diragui. Kami
mempercayai bahawa hadis ini direka dan dipalsukan bagi mengangkat kedudukan
para musuh Imam Ali as, dan juga keluarga Rasulullah saaw.
Seseorang yang berfikiran waras dan rasional akan mendapati, tanpa syarat,
adalah sangat tidak logik untuk seseorang yang tidak maksum, dan terdedah kepada
kebarangkalian untuk membuat dosa dijanjikan syurga, dan mendapat immuniti dari
api neraka. Seseorang yang terdedah kepada dosa adalah sangat tidak boleh di
jangka. Jika seseorang yang tidak maksum dijanjikan syurga, maka dia akan
mempunyai satu sifat kemahuan untuk melakukan dosa kerana dia menganggap semua
dosa beliau tidak akan dihisab di hadapan Allah swt. Jadi adalah tidak logik
bagi Rasulullah untuk menjanjikan perkara sedemikian kepada para sahabatnya.
Jika hadis ini benar, mengapa Uthman tidak menggunakan hujah ini keatas
orang-orang yang menganggap halal untuk membunuh beliau? Tidak juga mana-mana
para sahabat memprotes tindakan membunuh seseorang yang telah dijanjikan syurga
walau sebanyak mana kejahatan dan ketidakadilan yang telah beliau lakukan.
Malah, adalah haram bagi mereka untuk mendiamkan diri mereka dalam hal ini.
Jelaslah bahawa hadis ini telah dipalsukan pada kemudian hari.
Selain itu, apakah yang membuatkan kamu, wahai saudaraku dari Ahlul Sunnah,
yakin bahawa 10 orang ini dijanjikan syurga? Thalhah dan Zubair menentang Imam
Ali dalam perang Jamal yang mengakibatkan kematian ribuan Muslim, dan ketiga
mereka akan berada di dalam syurga? Sejarah telah menunjukkan bahawa sesiapa
sahaja yang menentang Imam Ali semuanya berada di jalan yang salah, tidak kira
sama kaum musyrikin Mekah, Yahudi Khaibar, isteri Rasulullah atau Muawiyah.
Malah Rasulullah sendiri telah bersabda secara berulang-ulang, bahawa sesiapa
yang menentang Imam Ali adalah munafik, atau sesiapa yang menentang Ali bererti
menentang Rasulullah, yang juga bererti menentang Allah swt!!
Adakah kamu mempercayai bahawa pembunuh dan yang dibunuh keduanya akan berada
di dalam syurga, walaupun mereka semasa hidupnya, melancarkan perang antara satu
sama lain, yang turut mengorbankan diri mereka bersama ribuan lagi Muslim lain?
Jika hadis ini benar, maka ia adalah wahyu untuk Rasulullah, kerana setiap
perkataan yang keluar dari mulut Rasulullah adalah wahyu
(53:3-4),
dan sekaligus bermakna bahawa Allah swt telah mengetahui apa yang bakal
dilakukan oleh mereka, dan redha dengan tindakan mereka. Tetapi akal kami yang
sentiasa mendasarkan kepada pemikiran logika, gagal untuk memahami bagaimana
Allah swt redha dengan tindakan mereka yang memanggil Rasulullah nyanyuk, yang
menafikan hak anak baginda, membuat bid’ah di dalam agama dll.
Namun, ternyata hadis itu memiliki ‘tanda tanya besar’ yang mengakibatkan
kita meragukan kebenarannya. Hadis itu memiliki dua sandaran (
sanad)
yang kedua-duanya tidak dapat dipercaya.
Sanad pertama hadis itu kembali kepada peribadi yang bernama
Humaid bin Abdurrahman bin Auf, di mana kononnya Umaid menukilkan hadis tersebut
dari ayahnya sendiri, Abdurrahman. Padahal sewaktu ayahnya meninggal, Humaid
masih berusia kanak-kanak, 10 tahun.
(Tahdzib at-Tahdzib 3/40)
Sanad kedua kembali kepada peribadi Abdullah bin Dzalim dimana keperibadiannya
sangat ditentang oleh para ulama ilmu hadis Ahlusunnah sendiri, seperti:
Bukhari, Ibnu ‘Adi, Aqili dan selainnya.
(Tahdzib at-Tahdzib 5/236, adz-Dzu’afaa’ al-Kabir
2/267, al-Kamil fi adz-Dzu’afaa’ 4/223)
Jika hadis itu
tidak dapat di sahihkan maka masihkah kita akan menggembar-gemburkan keutamaan
10 sahabat itu sebagai “yang mendapat jaminan masuk sorga” (‘
asyrah
mubassyariin bil jannah) oleh Allah melalui lisan suci Rasulullah? Pada
zaman siapakah dan atas perintah siapakah hadis itu dibuat? Silahkan teliti
kembali untuk membuka hakikat pemalsuan hadis atas nama Rasulullah itu…!
Sunni mengatakan di antara ciri-ciri ashra mubashra ialah:
- Menjadi antara muslim yang terawal
- Berjasa besar kepada Rasulullah dan perjuangan Islam
- Berhijrah
- Menyertai Perang Badar
- Baiyah pada Nabi di Hudaibiyah
Jika apa yang dikatakan adalah benar, maka bolehkah terangkan apakah
sumbangan yang telah mereka lakukan? Jika mereka berhijrah, senarai nama mereka
juga dapat dilihat di dalam senarai nama yang meninggalkan Rasulullah di medan
perang, jika mereka menyertai perang Badar, mereka juga menyertai perang sesama
diri mereka, jika mereka member perjanjian taat setia kepada Nabi, mereka juga
meragui kenabian baginda, semasa mereka mengatakan beginda nyanyuk. Jika
terdapat banyak hadis tentang kemuliaan mereka, maka Allah swt bercakap mengenai
kemuliaan Ahlul Bait, jadi bagaimana boleh kita mengatakan bahawa orang-orang
yang menentang Ahlul Bait ini diberikan taraf yang serupa oleh Allah?
Allah swt tidak menjanjikan 10 orang ini syurga, Dia menjanjikan kepada
semuanya seperti di dalam ayat
“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka
ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan
sesiapa yang mengerjakan amal soleh – dari lelaki atau perempuan – sedang ia
beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam
Syurga itu dengan tidak dihitung.
(40:40)
Jikalau kita mengikuti syarat
seperti di dalam ayat ini, Allah swt pasti mengapul janjinya. Wallahu’alam
Allahumma Solli ‘ala Muhammad wa aali Muhammad.
http://www26.brinkster.com/sdolshah1/amtbcmalay.html